Senarai Pasar Malam MPSJ 2020


Berikut dipaparkan senarai pasar malam mengikut kawasan, alamat dan hari bagi kawasan-kawasan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Zon Subang Jaya

BIL.KAWASANALAMATHARI
1.SS13Jalan SS13/1, SS13Selasa & Ahad
2.USJ 1 (Angsana)Jalan TS 6/10a, Taman Subang PermaiSelasa, Ahad
3.Batu 3Jalan Nilam 1/2, Batu 3Rabu, Ahad
4.USJ 1 (Regalia)USJ 1/1A, Regalia USJ 1Khamis

Zon Puchong

BIL.KAWASANALAMATHARI
1.Taman Puchong IndahJalan Indah 2/1, Taman Puchong IndahIsnin
2.Puchong UtamaJalan Utama 2/15, Taman Perindustrian Maju JayaSelasa
3.Taman Saujana PuchongJalan SP 3/5, Saujana PuchongRabu
4.Putra HeightsPersiaran Putra BahagiaRabu & Jumaat
5.Batu 14Jalan BPU 1, Puchong Batu 14Sabtu
6.Puchong PrimaJalan 5/5 & 5/6, Puchong PrimaSabtu

Zon Kinrara

BIL.KAWASANALAMATHARI
1.Taman Bukit KuchaiJalan 21, Tmn Bukit KuchaiJumaat
2.Taman Perindustrian KinraraJalan BK 5A/1, Bandar Kinrara 5Ahad

Zon Serdang & Seri Kembangan

BIL.KAWASANALAMATHARI
1.Perdagangan Seri Kembangan (PSK)Jalan PSK 9, Pusat Perdagangan Seri Kembangan(PSK)Isnin
2.Perindustrian Bukit Serdang (PBS)Jalan PBS 14/1,Perindustrian Bukit SerdangIsnin & Khamis
3.Taman Sri SerdangJalan 6/5, Tmn Seri SerdangIsnin & Jumaat
4.Taman Universiti IndahJalan Indah 2/10, Taman Universiti IndahSelasa
5.Taman Pinggiran Putra (Putra Walk)Jalan PP 25, Taman Pinggiran Putra, Seri KembanganRabu
6.Lestari PerdanaJalan LP 7/3, Lestari PerdanaKhamis
7.Taman Puncak JalilJalan PUJ3/13, Taman Puncak JalilJumaat
8.Serdang RayaJalan SR7, Serdang RayaSabtu

Sumber: Laman web rasmi MPSJ.



Bazar Ramadan 2020 Dibatalkan?

Berikutan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia, rata-rata rakyat Malaysia khuatir dengan pelaksanaan Bazar Ramadan pada tahun ini. Jika Bazar Ramadan 2020 dibatalkan, ramai peniaga dijangka rugi dan mereka perlu memikirkan sumber pendapatan alternatif.

Keputusan itu dibuat lantaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia pada 16 Mac 2020 yang lalu hanya akan ditamatkan pada 14 April 2020 ini.

Tempoh PKP yang panjang dan hanya akan tamat apabila hampir tiba bulan Ramadan membuatkan proses perancangan dan penganjuran bazar Ramadan menjadi rumit.

Selain dari itu, walaupun sekiranya PKP dimansuhkan nanti, ancaman daripada wabak COVID-19 yang merebak dengan meluas di seluruh dunia pastinya akan menjejaskan tahap keselamatan dan keselesaan peniaga dan juga pelanggan sekiranya bazar Ramadan diteruskan.

Walau bagaimanapun, para peniaga masih boleh menjalankan perniagaan masing-masing dari rumah dengan menggunakan konsep penghantaran pesanan atas talian dan juga Cash on Delivery (COD).

Ramadan 2020 Dibatalkan: Status Mengikut Negeri

Berikut dipaparkan maklumat berkenaan status Bazar Ramadan di Malaysia.

Seluruh Malaysia

3 April 2020, 3:08 PM: Bazar Ramadan tidak akan diadakan selagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Sumber: The Star

Johor

3 April 2020: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah mendesak supaya pihak berkenaan tidak mengadakan Bazar Ramadan pada tahun ini ekoran pandemik COVID-19. Sumber: The Star

Kedah

1 April 2020, 8:27 PM: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata kerajaan negeri membatalkan operasi Bazar Ramadan dan Aidilfitri di Kedah. Ini bertujuan untuk mengekang penularan wabak COVID-19. Sumber: Harian Metro

Kelantan

2 April 2020: Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar menyatakan kerajaan negeri Kelantan belum mempunyai perancangan untuk mengadakan Bazar Ramadan di negeri ini. Sumber: Harian Metro

1 April 2020: Kerajaan Negeri Kelantan belum berbincang berkenaan hal sama ada ingin mengadakan Bazar Ramadan pada tahun ini ataupun tidak. Menurut Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, cuma ada pandangan dan setakat ini memang tiada perancangan untuk mengadakan Bazar Ramadan. Sumber: Sinar Harian

Kuala Lumpur

Belum ada keputusan dibuat oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) setakat ini.

Melaka

Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali berkata tiada keputusan

Negeri Sembilan

26 Mac 2020: Kerajaan Negeri Sembilan memutuskan bahawa tiada bazar ramadan akan dianjurkan bagi negeri itu pada tahun 2020 mengikut laporan akhbar Sinar Harian. Jika Bazar Ramadan 2020 dibatalkan, ramai peniaga dijangka rugi dan mereka perlu memikirkan sumber pendapatan alternatif.

Keputusan itu dibuat lantaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia pada 16 Mac 2020. Tempoh PKP hanya akan ditamatkan pada 14 April 2020 ini.

Pahang

Belum ada keputusan rasmi di peringkat kerajaan negeri.

Pulau Pinang

3 April 2020, 3:21 PM: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengumumkan bahawa Bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi di Pulau Pinang pada tahun ini. Keputusan dibuat oleh JKKN Pulau Pinang (Penang Security Council Committee) selepas mempertimbangkan keselamatan umum. Sumber: The Star

Putrajaya

Belum ada keputusan dibuat oleh Putrajaya setakat ini.

Sabah

Belum ada keputusan dibuat oleh Sabah setakat ini.

Sarawak

Belum ada keputusan dibuat oleh Putrajaya setakat ini.

Selangor

1 April 2020, 4:37 PM: Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan bahawa Bazar Ramadan di seluruh negeri Selangor akan dibatalkan.

“Jika Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri memberi saranan ia boleh dilaksanakan, kita akan lakukan tetapi buat masa ini kita batalkan terlebih dahulu,”

Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor

Keputusan tersebut dibuat dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, hari ini. Sumber: Berita Harian

Bazar Ramadan 2020 dibatalkan: Pilihan yang ada untuk para peniaga

Para peniaga dinasihatkan untuk mencari punca pendapatan lain dan kaedah alternatif bagi memastikan produk yang dihasilkan dapat dijual dalam tempoh bulan Ramadan ini.

Jualan Online: Antara pilihan yang popular ialah penjualan secara online. Jualan boleh dibuat menerusi laman web sendiri, platform penghantaran makanan atau media sosial.

Khidmat Penghantaran: Penggunaan social messaging solution seperti WhatsApp juga membolehkan makanan Bazar Ramadan dijual.

Namun begitu, penyelsaian-penyelesaian di atas tetap tidak sama seperti berniaga di tapak Bazar Ramadan sedia ada.

Tepung Pelita Istimewa Paya Jaras

Tepung Pelita merupakan antara kuih tradisional yang cukup sinonim dengan masyarakat Melayu. Walaupun boleh didapati sepanjang masa, kuih tepung pelita ini menjadi sangat popular terutamanya pada waktu bulan Ramadan.

Lokasi Tepung Pelita Istimewa Paya Jaras

Tepung Pelita Istimewa Paya Jaras ini dijual di beberapa lokasi Bazar Ramadan di sekitar lembah Klang.

Tepung Pelita ini dihasilkan secara tradisional di Kampung Baharu Sungai Buloh, Selangor, menurut laporan portal mStar.

Harga kuih tepung pelita ini pula amat munasabah iaitu hanya RM 3.00 bagi 6 biji. Mungkin pada sesetengah pembeli, harga ini agak mahal tetapi memandangkan rasanya yang enak, kebanyakan pembeli tidak mempunyai masalah untuk membelinya. Dalam kebanyakan hari, gerai bazar ramadhan yang menjual tepung pelita ini akan kehabisan tepung pelita walaupun masih banyak masa lagi sebelum waktu berbuka.

Para pelanggan boleh melawati laman Facebook mereka untuk maklumat lanjut.

Senarai Pasar Malam Di Shah Alam, Selangor

Shah Alam ialah sebuah bandaraya yang terletak di negeri Selangor. Shah Alam juga dikenali sebagai ibu negeri Selangor kerana di sinilah terletaknya pusat pentadbiran kerajaan negeri.

Senarai Pasar Malam Di Shah Alam

Terdapat 29 tapak pasar malam di Shah Alam yang beroperasi pada hari-hari yang berbeza. Berikut dipaparkan senarai pasar malam di lokasi-lokasi seluruh Shah Alam untuk rujukan anda.

​Bil. KawasanLokasi Tapak Hari Operasi
​1Seksyen 6Tempat Letak Kereta Pasar ModenSelasa & Jumaat
2​Seksyen 7​​Jalan Plumbum 7/98 (Belakang Gerai Majlis)​Rabu
3Seksyen 16 Jalan 16/3​Isnin
​4Seksyen 17Tempat Letak Kereta Pasar Malam Seksyen 17/9Selasa
​5​Seksyen 17​Jalan Padang, Kg. Padang Jawa​Jumaat
​6Seksyen 18Jalan 18/A dan 18/2​Isnin
​7Seksyen 19Jalan 19/D dan 19/ESabtu
8​Seksyen 20​​Jalan Singa C 20/C​Sabtu
​9Seksyen 24Jalan 24/B dan 24/15Rabu
​10Seksyen 25Jalan 25/38Jumaat
​11Seksyen 27​​​Jalan 27/6​Khamis
12​Seksyen 28​Jalan 28/35​Isnin
13​Seksyen 30​​Lorong Hj Yusof, Kg. Jalan Kebun​Selasa
​14Seksyen 30​​Lorong Hj Said, Kg. Jalan Kebun​Jumaat
​15Seksyen 31​​Jalan Anggerik Mokara 31/E (Kota Kemuning)Selasa​
16​​Seksyen 32​Jalan Rezab Buang, Kg. Bukit Naga​Jumaat
​17Seksyen 34​​Jalan Stering 34/6Isnin​
18​Seksyen 36​​Jalan Sg. Kandis, Kg. Sungai Kandis​Rabu
19​Seksyen 36​​Jalan Nagasari 36/1, Desa Latania​Sabtu
​20​Seksyen U2​Jalan Saujana Indah 1 (TTDI Jaya)​Jumaat
​21Seksyen U5​​Jalan Bulan BV U5/ BV (Subang 2)​Sabtu
​22Seksyen U5​​Kg. Melayu Subang TambahanKhamis​
23​Seksyen U5​​​​Mah Sing (Jalan U5/18A, Pinggiran Subang)Rabu​
24​​Seksyen U6​Dataran Pasar Tani, Kg. Bertik Subang​Isnin
​25​​Seksyen U6​​Dataran Pasar Tani, Kg Melayu Subang​Sabtu​
26​​​Seksyen U13​​Jalan A U13/A, Setia AlamAhad​​
​27Seksyen U16​​​​Taman Bukit SubangRabu​​
​28Seksyen U19​​Kg. Paya Jaras Tengah​Selasa, Khamis & Sabtu
​29Seksyen U20​​Jalan Perusahaan 1/A​Isnin

Sumber: Pasar Malam – Laman web rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

Senarai Pasar Tani di Shah Alam, Selangor

Jika anda ingin membeli bahan memasak segar pada harga berpatutan, pastinya anda mencari lokasi pasar tani yang berdekatan dengan anda. Berikut dipaparkan senarai pasar tani di Shah Alam untuk rujukan anda.

Senarai Pasar Tani di Shah Alam

​Bil.KawasanLokasi TapakHari Operasi
​1Seksyen 13Tempat Letak Kereta Stadium Shah Alam​Ahad
​2Seksyen 13 Tepat Letak Kereta Stadium Shah AlamRabu
​3Seksyen 17Tempat Letak Kereta Jalan Malung 17/19Sabtu
​4Seksyen 30​​Lorong Hj Yusof, Kg. Jalan Kebun​Sabtu
​5​Seksyen 31​Jalan Anggerik Vanilla N 31/N​Rabu/ Sabtu
​6Seksyen U6​​Dataran Pasar Tani, Kg. Melayu Subang​Ahad
​7​Seksyen U12​Tempat Letak Kereta Bukit Cherakah​Sabtu

Sumber

Pasar Tani – Laman web rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam

Selamat datang!

Pasar Malam

Senarai pasar malam mengikut hari

Pasar Malam Hari Isnin

Pasar Malam Hari Selasa

Pasar Malam Hari Rabu

Pasar Malam Hari Khamis

Pasar Malam Hari Jumaat

Pasar Malam Hari Sabtu

Pasar Malam Hari Ahad

Senarai pasar malam mengikut tempat

Pasar Malam Cameron Highlands

Pasar Malam Jalan TAR, Kuala Lumpur

Pasar Malam Pantai Dalam, Bangsar

Pasar Malam SS2, Petaling Jaya

Pasar Malam Taman Melawati

Pasar Malam TTDI