Bazar Ramadan 2020 Dibatalkan?

Bazar Ramadhan Putrajaya

Berikutan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia, rata-rata rakyat Malaysia khuatir dengan pelaksanaan Bazar Ramadan pada tahun ini. Jika Bazar Ramadan 2020 dibatalkan, ramai peniaga dijangka rugi dan mereka perlu memikirkan sumber pendapatan alternatif.

Keputusan itu dibuat lantaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia pada 16 Mac 2020 yang lalu hanya akan ditamatkan pada 14 April 2020 ini.

Tempoh PKP yang panjang dan hanya akan tamat apabila hampir tiba bulan Ramadan membuatkan proses perancangan dan penganjuran bazar Ramadan menjadi rumit.

Selain dari itu, walaupun sekiranya PKP dimansuhkan nanti, ancaman daripada wabak COVID-19 yang merebak dengan meluas di seluruh dunia pastinya akan menjejaskan tahap keselamatan dan keselesaan peniaga dan juga pelanggan sekiranya bazar Ramadan diteruskan.

Walau bagaimanapun, para peniaga masih boleh menjalankan perniagaan masing-masing dari rumah dengan menggunakan konsep penghantaran pesanan atas talian dan juga Cash on Delivery (COD).

Ramadan 2020 Dibatalkan: Status Mengikut Negeri

Berikut dipaparkan maklumat berkenaan status Bazar Ramadan di Malaysia.

Seluruh Malaysia

3 April 2020, 3:08 PM: Bazar Ramadan tidak akan diadakan selagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Sumber: The Star

Johor

3 April 2020: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah mendesak supaya pihak berkenaan tidak mengadakan Bazar Ramadan pada tahun ini ekoran pandemik COVID-19. Sumber: The Star

Kedah

1 April 2020, 8:27 PM: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata kerajaan negeri membatalkan operasi Bazar Ramadan dan Aidilfitri di Kedah. Ini bertujuan untuk mengekang penularan wabak COVID-19. Sumber: Harian Metro

Kelantan

2 April 2020: Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar menyatakan kerajaan negeri Kelantan belum mempunyai perancangan untuk mengadakan Bazar Ramadan di negeri ini. Sumber: Harian Metro

1 April 2020: Kerajaan Negeri Kelantan belum berbincang berkenaan hal sama ada ingin mengadakan Bazar Ramadan pada tahun ini ataupun tidak. Menurut Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, cuma ada pandangan dan setakat ini memang tiada perancangan untuk mengadakan Bazar Ramadan. Sumber: Sinar Harian

Kuala Lumpur

Belum ada keputusan dibuat oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) setakat ini.

Melaka

Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali berkata tiada keputusan

Negeri Sembilan

26 Mac 2020: Kerajaan Negeri Sembilan memutuskan bahawa tiada bazar ramadan akan dianjurkan bagi negeri itu pada tahun 2020 mengikut laporan akhbar Sinar Harian. Jika Bazar Ramadan 2020 dibatalkan, ramai peniaga dijangka rugi dan mereka perlu memikirkan sumber pendapatan alternatif.

Keputusan itu dibuat lantaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia pada 16 Mac 2020. Tempoh PKP hanya akan ditamatkan pada 14 April 2020 ini.

Pahang

Belum ada keputusan rasmi di peringkat kerajaan negeri.

Pulau Pinang

3 April 2020, 3:21 PM: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengumumkan bahawa Bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi di Pulau Pinang pada tahun ini. Keputusan dibuat oleh JKKN Pulau Pinang (Penang Security Council Committee) selepas mempertimbangkan keselamatan umum. Sumber: The Star

Putrajaya

Belum ada keputusan dibuat oleh Putrajaya setakat ini.

Sabah

Belum ada keputusan dibuat oleh Sabah setakat ini.

Sarawak

Belum ada keputusan dibuat oleh Putrajaya setakat ini.

Selangor

1 April 2020, 4:37 PM: Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan bahawa Bazar Ramadan di seluruh negeri Selangor akan dibatalkan.

“Jika Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri memberi saranan ia boleh dilaksanakan, kita akan lakukan tetapi buat masa ini kita batalkan terlebih dahulu,”

Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor

Keputusan tersebut dibuat dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, hari ini. Sumber: Berita Harian

Bazar Ramadan 2020 dibatalkan: Pilihan yang ada untuk para peniaga

Para peniaga dinasihatkan untuk mencari punca pendapatan lain dan kaedah alternatif bagi memastikan produk yang dihasilkan dapat dijual dalam tempoh bulan Ramadan ini.

Jualan Online: Antara pilihan yang popular ialah penjualan secara online. Jualan boleh dibuat menerusi laman web sendiri, platform penghantaran makanan atau media sosial.

Khidmat Penghantaran: Penggunaan social messaging solution seperti WhatsApp juga membolehkan makanan Bazar Ramadan dijual.

Namun begitu, penyelsaian-penyelesaian di atas tetap tidak sama seperti berniaga di tapak Bazar Ramadan sedia ada.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.