Pasar Malam Cameron Highlands

Cameron Highlands

Jika anda berkunjung ke Cameron Highlands, antara destinasi wajib untuk dikunjungi ialah pasar malam di sana. Pasar Malam Cameron Highlands yang juga dikenali dengan nama pasar malam Brinchang terletak di Jalan Golden Hills, Brinchang.

Pasar ini menempatkan pelbagai jenis barang jualan termasuklah cenderahati, makanan sedia dimasak ataupun bahan-bahan mentah seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

Maklumat Pasar Malam Cameron Highlands

Jadual semasa cuti umum dan cuti sekolah: Setiap hari, 3:00 PM – 11:00 PM

Mengenai Cameron Highlands

Cameron Highlands ialah sebuah daerah yang terletak di negeri Pahang, Malaysia. Tempat ini mendapat namanya daripada William Cameron, seorang penjelajah dan geologis British. William Cameron telah menjumpai kawasan ini semasa beliau terlibat dalam proses pemetaan sempadan Pahang-Perak pada tahun 1885.

Pada tahun 1920-an, sebuah stesen eksperimen pertanian diwujudkan untuk mengesahkan sama ada cinchona, teh, kopi, buah-buahan dan sayur-sayuran boleh ditanam di daerah ini.

Dekad-dekad seterusnya menyaksikan Cameron Highlands terus dibangunkan sehingga menjadi seperti apa yang dapat kita lihat pada hari ini. Cameron Highlands menjadi pusat peranginan yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, di sini juga terdapat jalan tertinggi (dari aras laut) yang boleh diakses dengan kereta.

Jadual Pasar Malam Mengikut Hari

Jika anda ingin mendapatkan jadual pasar malam mengikut hari, sila klik pautan-pautan di bawah:

Pasar Malam Hari Isnin

Pasar Malam Hari Selasa

Pasar Malam Hari Rabu

Pasar Malam Hari Khamis

Pasar Malam Hari Jumaat

Pasar Malam Hari Sabtu

Pasar Malam Hari Ahad

Sumber

  1. Pasar malam Cameron Highlands – Percutian Bajet
  2. Pasar malam Cameron Highlands – Let’s Go Holiday
  3. Cameron Highlands – Wikipedia